Majlis Perasmian Galeri Jualan UDA Land Sarawak Sdn Bhd

13th, February 2023
node.field_cover_image.alt

Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) merancang membina lebih banyak ruang niaga dan infrastruktur bagi usahawan dan peniaga kecil di luar bandar.

Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata setakat ini pembangunan projek tersebut masih menanti kelulusan dari Kerajaan Persekutuan.

“Antara lain saya mahu melihat UDA Holdings Berhad (UDA) iaitu peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset untuk mengambil bahagian dalam pembangunan infrastruktur kepada peniaga kecil khususnya di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Galeri Jualan Baharu UDA Sarawak di pusat beli belah Sarawak Plaza di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ewon berharap UDA Holdings yang merupakan satu agensi di bawah kementeriannya dapat melaksanakan perkara tersebut berikutan kemahiran kejuruteraan dan pembangunan infrastruktur yang dimiliki agensi tersebut.

Rujukan:

  1. SUARA SARAWAK:  https://suarasarawak.my/2023/02/bina-lebih-banyak-kemudahan-infrastruktur-untuk-usahawan-luar-bandar/
  2. NEW SARAWAK TRIBUNE: https://www.newsarawaktribune.com.my/more-rural-trading-premises-in-the-pipeline/
  3. BERNAMA Online: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2163137
  4. MALAYSIA SEJAHTERA:  https://www.malaysiasejahtera.org/2023/02/am-uda-teliti-pembangunan-lebih-banyak.html
  5. UTUSAN SARAWAK ONLINE:  https://www.utusansarawak.com.my/?p=42223
  6. BORNEO POST ONLINE:  https://www.theborneopost.com/2023/02/09/ewon-more-business-space-facilities-infrastructure-to-built-for-smes-
  7. NABALU NEWS:  https://www.nabalunews.com/post/ewon-adakan-kunjungan-hormat-kepada-premier-dan-timbalan-premier-sarawak
  8. NEW SARAWAK TRIBUNE ONLINE:  https://www.newsarawaktribune.com.my/neu-pendington-adds-flavour-to-kuchings-urban-development/
  9. NEW STRAITS TIMES ONLINE:  https://www.nst.com.my/property/2023/02/878246/uda-will-carry-out-further-development-initiatives-sarawak-will-assist-local
  10. LUMI NEWS:  https://luminews.my/news/1099123
  11. BERNAMA:  http://www.bernama.com/en/news.php?id=2163293
  12. MALAYSIA AKTIF:  https://malaysiaaktif.my/2023/02/kerjasama-uda-dan-sedc-rancak-pembangunan-sarawak/
  • BOP Logo

  • WhatsApp