Merdeka: Cerita Merdeka, Cerita Rumah Kita...

31st, July 2023
node.field_cover_image.alt

Bulan merdeka, bulan untuk meraikan masa lalu yang membina negara kita. Kita kini bersatu sebagai sebuah keluarga besar - Malaysia.

Dan pasti, semasa menyambut hari kemerdekaan, di ruang rumah yang selesa bersama keluarga, kita mencipta memori bersama. Ada yang mencuit hati, ada yang menyentuh perasaan dan semestinya, membangkitkan semangat kebangsaan.

Kongsikan "Cerita Merdeka, Cerita Rumah Kita" dalam bentuk video kreatif 2 minit.

Anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik:

🏖️ 1x Pakej percutian 3 hari 2 malam di Ancasa Hotel Port Dickson.

🍽️ 13x Baucar Makan Tengahari/Malam di Ancasa Hotel Kuala Lumpur.

Cara untuk menyertai:

  1. Terbuka kepada individu berumur 23 tahun keatas
  2. Video kurang daripada 2 Minit
  3. Kreatif & menyentuh jiwa
  4. Bahasa Melayu
  5. Sebarang bentuk pengiklanan projek Developer selain UDA Property tidak dibenarkan
  6. Kongsi video anda di platform media sosial UDA Property dan hashtag #UDAProperty #CeritaMerdekaCeritaRumahKita #MerdekaHomeStories #SelamatHariMerdeka66

Tempoh pertandingan:

1 Ogos - 16 September 2023.

Jangan lepaskan peluang ini untuk berkongsi kenangan terindah anda dan raikan momen yang membuat kita bangga sebagai rakyat Malaysia.  Selamat Hari Merdeka 66!

  • BOP Logo

  • WhatsApp