fbpx

Blog

Events

UDA Lancar Wakaf Seetee Aisah 2 Bulan Depan

UDA Lancar Wakaf Seetee Aisah 2 Bulan Depan 1

Syarikat pemaju hartanah, pengurusan aset dan fasiliti, UDA Holdings Berhad (UDA) akan melancarkan projek Wakaf Seetee Aisah 2 di Seberang Jaya, dekat sini bulan depan. Ia adalah kesinambungan projek Wakaf Setee Aisah 1 pada 2012 yang mendapat permintaan tinggi daripada warga Pulau Pinang. Dalam majlis itu, UDA turut melancarkan kempen hartanah Meriah Raya yang menawarkan pakej tawaran berganda kepada pelanggan yang berminat mendapatkan perumahan di bawah agensi itu. Projek Wakaf Seetee Aisah 2 adalah pembangunan bercampur yang dibangunkan di tapak seluas 2.93 hektar hasil kerjasama strategik dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

References: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/960345/uda-lancar-wakaf-seetee-aisah-2-bulan-depan